Sunday 1 December 2013

FUTURISTIK.

FUTURISTIK.

"Prof.Kay!!Prof dimana...ish kemanalah hilangnya Prof nie?"Liza menjerit memangil Proffesor untuk membantunya dalam membuat penyelidikan tentang pengunaan mesin yang dicipta oleh Proffesor.Mesin yang dicipta untuk memuahkan manusia berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain alam masa yang sngat singkat , tanpa mengunakan sebarang pengangkutan . Pada Liza ia adalah satu pekara yang mustahil . Tetapi selepas membuat beberapa percubaan dengan memindahkan perabut yang baru dibeli oleh  Liza ke tempat yang ingin Liza tempatkan di dalam rumahnya . Setelah selesai menempatkan perabut Liza di platform Proffesor membuat beberapa penetapan seperti destinasi , kedudukan perabut tersebut.Jika Prof tersilap walau sedikit akan berlaku kecacatan pada perabut baru Liza atau perabutnya akan hilang.Selepas beberapa minit kemudian perabut Liza berada pada tempat yang betul.Kehebatan Prof memang tidak dapat disangkal.
 
    Selepas ciptaan Prof berjaya Liza mencadangkan agar Prof mewarwarkan penciptaannya kepada seluruh dunia. Akan "Ini akan menjadi rahsia kita berdua sahaja ya Liza" kata Prof dengan muka seriusnya. Lalu Prof berlalu pergi.Kata-kata Prof itu tadi menimbulkan tanda tanya pada diri Liza sendiri."Apakah yang cuba disembunyikan Prof Kay " bisik hati Liza.Perasaan ingin tahu Liza membuatkanya mengekori Prof Kay ke pejabatnya.Setibanya Liza i pejabat Proffesor Liza mengemukakan soalanya.Selepas mendengar soalan yang diajukan oleh Liza Prof Kay hanya mampu tersenyum.Perlakuan Prof Kay membuatkan Liza bertambah hairan.Selepas beberapa ketika Prof Kay berkata"ciptaan kita ini ada baik ada buruknya,sekiranya ciptaan ini jatuh ke tangan orang yang salah ia boleh menyebabkan peperangan dan juga pelbagai masalah". Liza hanya mampu memegun setelah mendengar kata-kata Prof Kay yang dimana dia menyatakan sebab mengapa dia tidak ingin mewarwarkan hasil ciptaannya.

   Selang beberapa hari kemudian , Liza menghadiri majlis pembukaan Plenetinium yang mana akan dijadikan sebagai pusat penyelidikan saintis tersohor.Segala kemudahan peralatan cangih terdapat di Plenetinium tersebut . Majlis itu dirasmikan oleh pemilik Plenetinium iaitu Dato Shahron.ia menyatakan bahawa"semoga penubuhan banguunan ini serta organisasi P Legasi akan menjaikan dunia ini lebih ringkas dan segala kerja manusia sejagat lebih mudah.Kami meminta agar semua saintis akan memmbantu kami mencapai matlamat serta cita-cita kami".Kata-kata Dato Shahron menimbulkan kegelisahan pada hati Liza kerana rahsianya dengan Prof Kay munkin terbongkar.Tiba-tiba Liza disapa oleh seorng jejaka lalu berkata " awak mesti rakan kepada Prof Kay bukan?".Liza hanya mampu menganguk munkin kerana ketampanan jejaka tersebut."Hello, saya Adrian,saya merupakan salah seorng pelajar Prof Kay"kata pemuda tersebut mengenalkan dirinya.Beberapa saat kemudian Liza menjawab"aa ya saya Liza , saya aalah rakan kerja Prof Kay.Selamat berkenalan Adrian".Adrian memberikan Liza  no telephonenya untuk memudahkan Liza dan Prof untuk menghubunginya.

   Liza sedang sibuk menganalisa data yang meningkatkan pengunaan ciptaan mesin Teleport yang baru dicipta oleh Prof Kay.Analisa tersebut digunakan untuk meningkatkan fungsi mesin yang mana bukan sahaja boleh meminahkan barang tetapi manusia.Jika ia berhasil maka ini merupakan satu lagi kejayaan bagi manusia sejagat.Tetapi dalam hati Liza kuat mengatakan bahawaProf juga mahu pekara ini dirahsiakan atas sebab yang sama.Tidak lama kemudian Prof datang bersama seorng lelaki.Apabila diperhati dengan teliti lelaki tersebut adalah Adrian orang yang Liza temukan di majlis pembukaan Planetinium."Liza ini saya kenalkan Adrian salah seorang pelajar saya dulu Adrian ini dia .." "Liza pembantu Prof bukan .. "Adrian memotong kata Prof Kay. Prof Kay berasa hairan.Liza bersuara mengatakan "kami pernah berjumpa di sebuah majlis baru-baru ini.".Penyataan Liza itu menjawab kehairanan Prof Kay.Lalu Prof menjemput Adrian untuk minum sambil bersembang-sembang tentang perkembangan masing-masing.

   Setelah hampir sejam mereka barbual Prof membawa Adrian ke tempat penyelidukan Prof Kay.Di situ Prof menunjukan ciptaan terbarunya.Sebelum mereka pergi ke tempat penyelidikan itu Liza menanyakan samada patutkah mereka membawa Adrian ke tempat tersebut.Tetapi Prof merasakan bahawa Adrian boleh dipercayai oleh kerana itu mereka sedang berada di hadapan mesin Teleport tersebut.Prof memberi tahu Adrian akan apakah fungsi mesin tersebut."Selain itu kami sedang cuba untuk meningkatkan kebolehan mesin ini dengan mencuba untuk menteleportkan manusia"Liza menyampuk ketika Prof sedang memberi  penerangan.Setelah selesai penerangan Adrian meminta Prof Kay untuk membuat percubaan kepada dirinya.Permintaan Adrian mengejutkan Prof Kay serta Liza."Awak dah gila ker Adrian kami tidak  tahu lagi samada awak hidup atau mati selepas saja awak dipindahkan".Lagi kita tak dapat tenaga yang mencukupiuntuk menyokokng mesin ini"kata Liza untuk melarang Adrian untuk membatalkan niatnya untuk menguji mesin tersebut.

    Pada mulanya Adrian berasa hampa tetapi selepas Prof dan Liza berbincang mereka bersetuju untuk menggunakan mesin tersebut.Akan tetapi Liza masih tidak berapa setuju kerana Liza mula menaruh harapan kepada Adrian akan tetapi arahan Prof Kay harus dituruti.Oleh kerana itu mereka mula membuat persiapan bagi mengelakan sebarang insiden berlaku.Mereka mula berkerjasama untuk menjayakan projek mereka.Sewaktu Liza dan Adrian kerja bersama-sama mereka mula berkenalan secara lebih terperinci seperti lata belakang dan cita rasa masing-masing.Hari ke hari mereka mula menjai akrab kemana-mana sahaja Liza berada di situ juga Adrian akan ada.Mereka ibarat belangkas yang tidak terpisah.Mereka semakin serasi apabila mereka berkerja bersama-sama di makmal ketika melakukan kajian mengenai teleportasi manusia.Prof Kay berasa senang apabila melihat mereka berkerjasama dengan baik.Ini akan mempercepatkan projek mereka untuk selesai.

   Dua bulan mereka berkeje keras untuk menyiapkan projek akhirnya mereka berjaya.Tiba masa untuk mereka menguji mesin Teleportasi mereka itu."Adrian masanya sudah tiba untuk kamu menguji samada mesin ini berfungsi atau tidak" Prof Kay berkata kepada Adrian.Pada waktu itu hati Liza menjadi resah munkin kerana orang yang dia cintai akan melakukan sesuatu yang boleh meragut nyawanya sendiri.Liza tidak sangup untuk melepaskan orang yang dicintainya pergi meningalkan Liza.Sebelum Adrian menguji mesin tersebut dia elakukan beberapa persedian.Waktu itu Liza hanya mampu berdiri melihat adrian membuat persiapan."Berapa lama awak nak berdiri di situ Liza?"Adrian bertanya kepada Liza."Ad awak tak perlu buat ini semua kita boleh cari orang yang sangup buat semua percubaan ini.Saya tak nak awak berada dalam keadaan yang bahaya."kata-kata Liza hanya membuatkan Adrian ketawa."Kenapa awak boleh ketawa pada waktu-waktu mcam ini."Liza berasa hairan."Awak janganlah risau sampai macam tu sekali ok.Janganlah fikir benda yang buruk ok.Insyallah kalau dah ditakdirkan saya pergi nak buat macam mana"."Takdir seseorang boleh diubah mengikut pilihan seserorang sebab itu awak perlu pilih yang mana paling baik untuk awak".

  Selepas perbincangan antara mereka berdua Adrian masih mahu melakukan pengujian mesin tersebut pada dirinya.Adrian memilih untuk melakukan kerja bahaya tersebut.Demi mencapai kemajuan negara.Adrian melakukan semua ini untuk negara yang dicintainya.Dari situ Liza menyedari bahawa dirinya tidak membawa apa-apa makna pada Adrian.Munkin pada Adrian Liza hanya rakan yang memberi kegembiraan dan bantuan padanya untuk mencapai cita-citanya.Liza mula rasa hampa tetapi dia tetap akan membantu Adrian untuk meneruskan niatnya untuk menguji mesin teleportasi tersebut.Sejam kemudian setelah selesai persedian Adrian bergerak ke arah tempat di mana mesin teleportasi itu ditempatkan.. Prof Kay yang berada di platform menungu masa untuk menghantar Adrian ke suatu tempat yang lain.Seminit kemudian Adrian berada di pelantar mesin teleportasi tersebut dan menunjukan tanda yang dia telah bersedia untuk di teleportasikan.Prof dan juga Liza memulakan kerja mereka dengan menentukan tempat dan juga masa untuk memindahkan Adrian.setelah selesai cahaya biru terang memancar kearah tempat Adrian berdiri.Sidikit demi sedikit badan Adrian bertukar menjadi molekule yang kecil dan disedut ke portal mesin tersebut.Sebelum Adrian disedut sepenuhnya Adrian ingin menyatakan sesuatu kepada Liza tetapi disebabkan suasana yang bising membuatkan Liza tidak dapat ketahui apa yang cuba disampaikan oleh Adrian.

    Setelah selesai prosses perpindahan Prof Kay melihat semula paparan skrin yang menunjukan tempat yang mana Adrian telah dipindahkan.Setelah meneliti semula segala kira-kira terdapan beberapa kesilapan yang telah berlaku.Kesilapan tersebut telah menyebabkan Adrian dihantar ke masa hadapan.Ini menimbulkan kebimbangan kepada Liza kerana entah apa akan terjadi kepada Adrian apabila dia mendapati bahawa dia berada pada zaman yang berlainan.adrian munkin menghadapi beberapa kekangan ketika dia berada di sana dan lebih teruk dia munkin tidak akan kembali.Liza mengesa Prof Kay agar segera memperbetulkan semula pengiraanya agar dapat Liza ke tempat dimana Adrian berada supaya Liza dapat membawanya pulang ke zaman asalnya.Prof Kay mengatakan"Liza bawa bertenang kita tidak boleh buat semua ini secara terburu.Ini kerana kita tidak tahu Adrian berada di zaman bila dan mustahil untuk kita mengesannya semula,sebab ia akan mengambil masa yang lama untuk menjejak Adrian.selain itu jika Adrian berada di zaman hadapan munkin akan berlaku beberapa percanghanan tentang riwayat hidupnya pada masa kini dan juga pada masa hadapan.

    Sementara itu Adrian yang baru sedarkan diri sebaik sahaja dia dipindahkan dari makmal Prof Kay.Adrian memerhati kawasan sekeliling dan melihat bahawa dia berada di lorong disebuah metropolitan yang mempunyai suasana yang jauh beza dengan suasananya di kampung halamanya.Pekara ini menimbulkan keraguan kepada Adrian. ketika itu ader seorang menghampiri Adrian bertanyakan"Encik tidak apa-apa,mengapa encik berbaring di sini".Lelaki tersebut membantu adrian untuk berdiri lalu memperkenalkan dirinya"nama saya Zularsan encik boleh pangil saya Zul,siapa pula nama encik?".Adrian menepuk habuk di badannya lalu memperkenalkan dirinya"nama saya Adrian,boleh saya tahu kita berada di mana sekarang?""oh ya kita sekarang berada di Kuala Lumpur"jawab Zul.Akan tetapi jawapan Zul nampak tidak meyakinkan pada Adrian,ini kerana dia seakan tidak percaya bahawa kota yang penuh dengan kenderaan cangih dan juga serba moden ini sama dengan Kuala Lumpur yang dia kenali."Zul tidak munkin Kuala Lumpur sudah maju sebegini cepat,ini seakan-akan kita berada di Jepun.Tidak munkin ini kota Kuala Lumpur."Adrian menyatakan bahawa dia tidak mempercayai kota yang serba maju itu Kuala Lumpur."Adrian negara kita sudah lama mencapai kemajuan sebegini malah negara kita ialah antara negara termaju di dunia"Zul meyakinkan Adrian bahawa tempat yang mereka berdiri itu adalah Kuala Lumpur.Kata-kata Zul itu menimbulkan persoalan dalam hatinya , adakah mesin teleportasi tersebut mampu menghantar seseorang pergi merentasi ruang masa.Jika ia berjaya maka mereka telah berjaya melakar sejarah dunia sains.Tapi bila Adrian memikirkannya semula ia tidak bermakna jika dia tidak berjaya pulang ke zaman asalnya.

   Kini Adrian Berada di rumah Zul.Selepas membersihkan diri,Adrian menceritakan sebab dia berada di zaman moden yang belem dikecapi oleh zamannya.Selesai saja Adrian menceritakan perjalanannya merentas masa itu Zul berasa kagum kerana di zaman tersebut mesin merentas masa masih dalam kajian.Malahan pengkaji arkeologi baru sahaja menemuinya di sebuah kawasan terbiar.adrian seolah-olah tidak mempercayainya ini munkin dia berangapan bahawa zaman moden ini sudah mempunyai segalanya."Nampaknya kami lebih moden daripada kalian semua la kan..hahahahahhahaa" "munkin juga hahahahaha"Adrian dan Zul ketawa.Zul mengatakan "kami tidak pernah terfikir untuk membina sebuah mesin masa walaupun kami mampu membinanya dengan teknologi yang kami ada " kata Zul menghairankan Adrian.Walau bagaimana pun Adrian harus mencari cara untuk pulang ke zamannya.Adrian bertanyakan kepada Zul berkenai projek mein masa tersebut."Projek mesin masa tersebut dikendalikan oleh sebuah syarikat tenaga polonium.tetapi mereka mempunyai masalah dalam menyelesaikan satu masalah pengiraan"kata-kata Zul membuatkan Adrian untuk menyertai projek tersebut.Adrian bertanya kepada Zul samada dia boleh membantu projek tersebut atau tidak.nasib Adrian sungguh bertuah ini kerana syarikat tersebut memerlukan orang yang mempunyai kepakaran dalam hal sebegini."Beginilah ya Adrian esok kita pergi ke syarikat tersebut dan kau bolehlah tunjukkan kepakaran kau kepada aku dan staf yang lain ok""Zul tapi boleh ker kita masuk sebegitu sahaja , tidak ada prosedure yang perlu dilalui""Ohh...itu tidak perlu sebab akulah ketua penyelidikan tersebut"kata Zul membuatkan Adrian sangat gembira ini kerana dia mempunyai peluang untuk pulang ke zamannya semula.

    Pada hari yang dijanjikan Zul dan Adrian pergi ke pusat penyelidikan mesin masa tersebut dan mereka terus mula menyelesaikan masalah yang ada pada mesin masa tersebut.Semasa membuat penyelidikan tentang projek mesin masa tersebut Adrian teringat tentang Liza dan Prof Kay apakah keadaan mereka disana.Diwaktu yang sama Prof Kay dan juga Liza sedang di soal siasat tentang apakah punca kehilangan Adrian.Semasa soal selidik Prof Kay mendapati bahawa Adrian seorang ejen yang ditugaskan memantau pergerakan Prof Kay mengenai projek rahsianya."Ini sunguh tidak disangka,bagaimana boleh ada orang yang tahu tentang pekara ini"bisik hati Prof Kay.Setelah selesai di soal siasat pihak agensi meminta Prof Kay untuk membina semula mesin masa tersebut.Tapi malangnya segala formula dan data tersebut telah musnah ketika Adrian memulakan perjalanannya merentasi masa.Oleh sebab itu Liza berusaha keras untuk mencari formula dan data itu kembali bagi membawa Adrian pulang semula ke zaman sekarang.Di Zaman Adrian mereka hampir untuk siap membina mesin masa yang akan membawa Adrian pulang ke zamannya semula.

   Setelah seminggu berkerja tanpa henti akhirnya pasukan Zul dan Adrian telah berjaya menyempurnakan mesin masa."Masa untuk menghidupkan mesin ini!!"Adrian berteriak sendirian.Tidak lama kemudian kakitangan yang ditugaskan mula menghidupkan mesin tersebut.Seminute kemudian pintu gerbang tersebut mula memancarkan cahaya yg terang lalu portal yang pernah dimasuki oleh Adrian mula kelihatan.Pada ketika itu Adrian mengalirkan airmata disebabkan dia gembira yang diaakan pulang kezamanya semula dan dia mahu menikahi Liza.Selang beberapa jam kemudian Adrian telah bersiap untuk kembali semula dan dia berterima kasih kepada Zul serta kakitangan yang lain.Selesai saja berterima kasih dia mula melangkah ke arah portal tersebut.Pada masa itu Prof Kay dan Liza ada di makmal untuk mencari data yang telah hilang dibantu oleh beberapa ejen dari agensi.Semasa sedang sibuk mencari salah seorang dari ejen tersebut tertekan suis untuk menghidupkan mesin masa tersebut.Beberapa saat kemudian terdapat cahaya yang memancar.Tidak lama kemudian kelihatan kelibat seorang pemuda.Selepas tamat sahaja pancaran cahaya tersebut pemuda yang melangkah keluar adalah Adrian.Tanpa disedari Liza memeluk Adrian yang baru sahaja tiba.Setelah keluar dan menutup semula portal tersebut mereka pulang ke rumah dan Adrian menceritakan apa yang terjadi kepadanya.

  Seminggu kemudianAdrian bersama Liza pergi ke sebuah tempat untuk makan malam pada malam tersebut Liza telah dilamar oleh Adrian untuk menjadi pembantu peribadinya sepanjang hayat.pekara tersebut membuatkan Liza tersentuh lalu menerima lamaran tersebut.Tiga bulan selepas itu tiba pada hari yang menyatukan dua insan ia itu Adrian dan Liza.Hidup Adrian kini sempurna dengan adanya Liza disisinya sebagai isteri.  

                 

                                                                           -TAMAT-

 

No comments:

Post a Comment